Bekalan makanan utama pada tahap stabil, cukup

Ronald (tiga dari kiri) diberikan penerangan mengenai status bekalan makanan kumpulan makanan utama termasuk beras, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Ronald (tiga dari kiri) diberikan penerangan mengenai status bekalan makanan kumpulan makanan utama termasuk beras, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Bekalan makanan bagi kumpulan makanan utama termasuk beras, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan berada pada tahap stabil dan mencukupi.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan ialah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, bekalan itu ditampung melalui pengeluaran domestik, import dan stok bekalan.

Sementara itu katanya, kedudukan stok beras dalam pasaran setakat ini pada tahap 500,000 tan metrik.

"Kerajaan melalui senarai pengecualian di bawah perintah kawalan pergerakan membenarkan aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pengedaran termasuk eksport serta import diteruskan seperti biasa, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan daripada 18 sehingga 31 Mac ini untuk memastikan kelangsungan ekosistem rantaian bekalan makanan," katanya.

Ronald (tiga dari kiri) membuat tinjauan ke MyFarm Outlet di Putrajaya dan kilang beras YHL Trading Sdn Bhd di Semenyih hari ini.
Ronald (tiga dari kiri) membuat tinjauan ke MyFarm Outlet di Putrajaya dan kilang beras YHL Trading Sdn Bhd di Semenyih hari ini.

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan ke MyFarm Outlet di Putrajaya dan kilang beras YHL Trading Sdn Bhd di Semenyih bagi memastikan bekalan makanan dalam pasaran mencukupi hari ini.

Ronald berkata, proses pembekalan daripada pemborong kepada peringkat peruncitan masih berjalan seperti sedia kala dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat panic buying dan stockpiling bahan makanan secara berlebihan.

Katanya, penyampaian perkhidmatan Kementerian kepada kumpulan sasar juga tetap diteruskan seperti biasa terutama di barisan hadapan seperti perkhidmatan pengembangan, biosekuriti, pemeriksaan dan kuarantin makanan.

Artikel Berkaitan:

"Kementerian akan terus memantau dan bekerjasama dengan pihak pengeluar dan pengedar bagi memastikan situasi bekalan makanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi memastikan keperluan bekalan makanan tersedia," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!