Covid-19: Kedah tangguh Sidang DUN

Anggota keselamatan yang bertugas di Kompleks Wisma Darul Aman memastikan bangunan itu tidak dikunjungi orang awam sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan.
Anggota keselamatan yang bertugas di Kompleks Wisma Darul Aman memastikan bangunan itu tidak dikunjungi orang awam sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan.
A
A
A

ALOR SETAR - Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-14 yang dijadualkan berlangsung pada 23 hingga 26 Mac, ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Paduka Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata, penangguhan itu berikutan perintah kawalan pergerakan dalam menangani penularan koronavirus (Covid-19) yang dilaksanakan di seluruh negara hingga 31 Mac depan.

“Mesyuarat DUN Kedah diubah ke satu tarikh dan waktu baharu yang akan dimaklumkan kelak," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, notis larangan memasuki Kompleks Wisma Darul Aman dikeluarkan kepada orang ramai selari dengan usaha kerajaan membendung penularan Covid-19.

Makluman pada papan kenyataan yang dipamer pada pintu masuk kompleks memudahkan orang ramai yang ingin berurusan agar menghubungi talian tertera untuk maklumat lanjut.

Dinyatakan, tindakan itu selaras dengan arahan penutupan premis kerajaan dan penangguhan operasi perkhidmatan awam berikutan perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan selama dua minggu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!