Agong kurnia sumbangan makanan kepada petugas CPRC

Ahmad Fadil dan wakil Istana Negara menyerahkan bungkusan makanan tengah hari kepada petugas-petugas Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan di Kementerian Kesihatan, Putrajaya. - Foto Istana Negara
Ahmad Fadil dan wakil Istana Negara menyerahkan bungkusan makanan tengah hari kepada petugas-petugas Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan di Kementerian Kesihatan, Putrajaya. - Foto Istana Negara
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan makanan tengah hari kepada petugas Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) di Kementerian Kesihatan, Putrajaya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan di Facebook hari ini berkata, sumbangan yang diterima semalam dan hari ini itu masing-masing diserahkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin serta wakil Istana Negara.

Sementara itu di Instagram rasmi Istana Negara turut memaklumkan Al-Sultan Abdullah menyampaikan salam dan merakamkan ucapan terima kasih atas pengorbanan serta komitmen petugas kesihatan dalam melaksana tanggungjawab membendung jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).

Al-Sultan Abdullah turut berdoa semoga penularan wabak Covid-19 berjaya ditangani dan diakhiri dengan segera. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!