DAP perlu mohon maaf, tarik balik kenyataan
SHAH ALAM - MCA mendesak DAP memohon maaf dan menarik balik kenyataan berbaur ugutan ke atas tok batin serta penghinaan terhadap masyarakat Orang Asli yang dilakukan beberapa pemimpin parti itu.
Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, penasihat DAP, Lim Kit Siang perlu mengambil tanggungjawab itu susulan kontroversi yang dicetuskan pemimpin parti berkenaan hingga mengguris hari masyarakat Orang Asli.
Katanya lagi, belum pun reda dengan kenyataan berbaur ugutan terhadap tok batin yang dilalukan Senator PKR, Bob Manolan Mohd, Orang Asli sekali lagi diperlekeh oleh calon PH, M. Manogaran yang mengatakan Melayu tidak membeli kuih yang dibuat masyarakat berkenaan.
"Walaupun PKR telah memohon maaf atas ugutan Bob Manolan, akan tetapi calon PH M. Manogaran masih sombong dan angkuh apabila meremehkan ugutan Bob Manolan terhadap tok batin.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Tak kan nak ugut etnik sendiri: Bob Manolan ]
[ ARTIKEL BERKAITAN: PH perlu dukung amalan demokrasi ]
[ ARTIKEL BERKAITAN: Ugut tak bayar gaji tok batin, Senator PKR dibidas kawan, lawan ]
"Oleh itu, MCA menggesa Kit Siang supaya memohon maaf kepada masyarakat Orang Asli dan juga menggesa M. Manogaran menarik balik kenyataan beliau yang menghina Orang Asli itu," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Menurutnya lagi, permohonan maaf daripada kepimpinan utama parti itu perlu bagi mencerminkan kesungguhan DAP.
Suhu kempen PRK Parlimen Cameron Highlands semakin panas susulan beberapa kontroversi awal dilakukan pemimpin PH.
Antara kontroversi yang dicetuskan itu melibatkan kenyataan berbaur ugutan kepada tok batin dan terbaharu, calon PH didakwa mengeluarkan kenyataan menghina apabila mengatakan Melayu tidak akan membeli kuih Orang Asli.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!