Covid-19: Najib saran panggilan video antara pesakit, waris

Najib Razak
Najib Razak
A
A
A

PUTRAJAYA- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencadangkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membenarkan panggilan video antara pesakit koronavirus (Covid-19) dan waris.

Menurutnya, perkara itu dapat mengurangkan risiko jangkitan berbanding waris yang berkunjung ke hospital walaupun tidak dibenarkan melawat.

"Ya, saya faham mengenai kerahsiaan. Mungkin KKM dapat mempertimbangkan dengan membenarkan panggilan video dan hanya wajah pesakit tanpa persekitaran wad atau hospital," katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, pagi ini.

Menurutnya, telefon bimbit yang digunakan hendakkan di steril terlebih dahulu.

"Atau dengan apa cara sekali pun yang pihak KKM berpendapat dapat mengurang kontrak langsung ini," katanya.

Beliau berkata, orang awam juga harus mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh KKM khususnya hospital.

"Saya diberitahu oleh beberapa doktor bahawa ada ahli keluarga yang mengeluarkan kata-kata tidak elok dan bertindak agresif terhadap petugas apabila tidak dibenarkan masuk melawat pesakit di hospital.

"Ahli keluarga pesakit perlu faham bahawa tujuan had dan larangan melawat dilaksanakan untuk mengurangkan risiko.

"Apapun, jika arahan sudah dikeluarkan oleh pihak hospital, kita semua perlu patuh kerana itu semua untuk kebaikan anda semua bagi jangka masa panjang, bukan untuk menyusahkan anda," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!