Covid-19: Obor Olimpik tiba di Jepun
TOKYO - Obor Olimpik tiba di Jepun pada Jumaat di tengah-tengah kebimbangan wabak koronavirus (Covid-19), berbaki empat bulan lagi untuk penganjuran temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, lapor agensi berita Xinhua.
Tokyo 2020 Go, pesawat sewa khas yang membawa obor itu mendarat di Pangkalan Tentera Udara Jepun di Matsushima, wilayah Miyagi pada Jumaat.
Majlis menyambut obor itu yang sepatutnya diadakan pada Jumaat pagi dibatalkan.
Obor itu akan dipertontonkan di tiga wilayah di utara negara itu yang pernah dilanda gempa bumi dan tsunami pada 2011, sebelum bermulanya acara larian obor pada 26 Mac dari J-Village, Fukushima.-Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!