Covid-19: Kelantan umum peruntukan khas RM5 juta

Ahmad Yakob
Ahmad Yakob
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan hari ini mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM5 juta bagi menangani penularan wabak koronavirus (Covid-19) di negeri itu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri memandang serius penularan Covid-19 khususnya situasi semasa negara sehinggakan berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac mengikut Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

“Justeru, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi menangani dan meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan akibat kesan penularan wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad memberitahu, kaedah dan pelaksanaan akan diperincikan kemudian.

Dalam perkembangan sama, Ahmad juga mengumumkan pembayaran gaji atau elaun bagi kakitangan kerajaan berstatus kontrak dan sambilan akan dibayar sebagaimana kakitangan biasa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!