#viral [VIDEO] Penguin 'pelawat' Shedd Aquarium
CHICAGO - Penularan wabak koronavirus (Covid-19) menyebabkan pelbagai premis dan lokasi tumpuan orang ramai ditutup bagi mengekang wabak tersebut.
Tidak terkecuali sebuah pusat pelancongan awam di Chicago iaitu Shedd Aquarium.
Namun di sebalik itu, pihak aquarium melepaskan dua ekor penguin rockhopper dari sangkar untuk berjalan sekitar kawasan lawatan ekoran tiada pengunjung dibenarkan masuk.
Menerusi video dimuat naik di Twitter Shedd Aquarium, rakaman itu menunjukkan penguin bergerak antara satu akuarium ke akuarium yang lain.
Apa yang menarik perhatian, haiwan di dalam kurungan itu juga teruja seolah-olah menerima pelawat.
Sekumpulan ikan berenang berdekatan dengan cermin akuarium tatkala penguin menghampirinya mungkin mahu melihat pelawatnya.
Video tersebut mendapat lebih 3.8 juta tontonan 162,000 tanda suka dan 55,100 ulang kongsi.
Di ruangan komen juga beberapa orang netizen turut berkongsi kegembiraan melihat dua haiwan itu bersiar-siar kerana mengambil peluang ketika tiada pelawat.
Kata @tomhal, "Penguin itu kelihatan seperti sedang membaca papan notis itu juga. Seronoknya dapat mengembara."
link -----https://twitter.com/shedd_aquarium/status/1239248971006185478?s=09
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!