Petugas kesihatan mula terima bantuan Pakej Selangor Prihatin

Khairuddin (kanan) beramah mesra bersama kakitangan Klinik Kesihatan Sungai Buloh ketika lawatannya hari ini.
Khairuddin (kanan) beramah mesra bersama kakitangan Klinik Kesihatan Sungai Buloh ketika lawatannya hari ini.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Petugas Klinik Kesihatan Sungai Buloh yang terlibat dalam operasi memantau dan menyaring pesakit koronavirus (Covid-19) mula menerima bantuan daripada kerajaan Selangor hari ini.

Penyerahan bantuan itu adalah sejajar dengan pengumuman Pakej Selangor Prihatin oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, pagi tadi.

Exco Generasi Muda dan Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, menerusi penyerahan itu, kerajaan negeri memberi sumbangan makanan, minuman serta wang bernilai RM2,500 kepada kelab kakitangan klinik terbabit.

"Sungai Buloh telah dijadikan pusat bagi pesakit yang terkena wabak Covid-19.

"Lawatan itu sebagai sokongan kepada petugas kesihatan kita yang dikuarantin sepanjang mereka bertugas," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hadir sama, Pakar Perubatan Keluarga, Dr Fauziah Ahmad.

Terdahulu, Amirudin mengumumkan pelaksanaan Pakej Selangor Prihatin dengan pembiayaan peruntukan keseluruhan sebanyak RM127.78 juta.

Pelaksanaan pakej rangsangan itu adalah daripada Perbendaharaan Negeri serta sumbangan khidmat sosial korporat (CSR) oleh anak-anak syarikat kerajaan negeri.

Artikel Berkaitan:

Menerusi pemberian itu, kerajaan negeri meluluskan satu insentif secara 'one-off' sebanyak RM200 kepada 6,000 petugas dikenal pasti di hospital seluruh Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Selangor peruntuk RM127.7 juta pakej rangsangan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!