Covid-19: Harga siling topeng muka kini RM2 sekeping

Alexander Nanta Linggi (dua dari kanan) bersama Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (tengah) beramah mesra bersama pemain industri selepas Sesi Perbincangan bersama 12 pemain Industri Sektor Peruncitan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara. - Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membenarkan import penutup mulut dan hidung bagi mengatasi kekurangan bekalan di pasaran domestik ekoran penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi, berkata, kebenaran untuk mengimport berkuat kuasa hari ini itu adalah susulan harga siling penutup mulut dan hidung yang dinaikkan daripada 80 sen sekeping kepada RM2 sekeping sekarang.

"KPDNHEP berharap langkah ini akan menggalakkan peniaga mengimport penutup mulut dan hidung dalam waktu terdekat.

“Kalau KPDNHEP masih hadkan harga siling 80 sen sekeping, pengusaha dan kilang tidak lagi mampu mengeluarkan penutup mulut dan hidung,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan 12 pemain industri sektor peruncitan di pejabat KPDNHEP, di sini, hari ini.

Beliau berkata, ia disebabkan kenaikan harga bahan untuk menghasilkan produk tersebut.

Kata Nanta, sebelum ini KPDNHEP sudah melaksanakan larangan mengeksport penutup hidung dan mulut ke luar negara supaya bekalan dalam negara ditingkatkan. -Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!