Covid-19: Tentera bantu polis bermula tengah malam esok

Kenyataan media pejabat Perdana Menteri
Kenyataan media pejabat Perdana Menteri
A
A
A

PUTRAJAYA - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan ditugaskan membantu pihak polis bermula jam 12.01 pagi, Ahad ini bagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan dalam mencegah penularan wabak Covid-19.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap orang ramai yang ingkar dan tidak mematuhi perintah.

"Orang ramai adalah dinasihatkan untuk mematuhi segala arahan daripada pihak berkuasa sepertimana keperluan dalam Perintah Kawalan Pergerakan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tentera bantu polis Ahad ini, bukan perintah darurat

Hari ini, Menteri Kanan yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi amaran bahawa ATM akan digerakkan sekiranya orang ramai masih berdegil tidak mematuhi perintah berkenaan.

Sebanyak 60 peratus rakyat mematuhi PKP pada hari pertama.

Ismail Sabri berkata, kerajaan yakin dengan bantuan kawalan daripada pihak tentera, perintah itu akan dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Perintah berkenaan dilaksanakan selama dua minggu bermula tiga hari lalu sebagai langkah kerajaan untuk memutuskan rangkaian penularan Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!