'Alhamdulillah semuanya baik-baik di sini'

Kediaman pelajar USAS masih didiami pelajar selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini.
Kediaman pelajar USAS masih didiami pelajar selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Di saat pelajar lain pulang ke kediaman masing-masing, seramai 80 pelajar di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) kekal berada di kampus kerana tidak dapat pulang disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan.

Bagi Khairina Fatini Jepri, 23, dia kini tinggal di kediaman universiti bersama beberapa rakannya kerana tidak dapat pulang disebabkan keluarga berada di Mukah, Sarawak.

Dia yang merupakan pelajar tahun tiga di universiti itu berkata, keadaan tersebut bukanlah sesuatu yang asing memandangkan tempoh cuti hanya selama dua minggu.

Khairina Fatini Jepri
Khairina Fatini Jepri

"Saya masih gembira walaupun tak boleh ke mana-mana dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini kerana masih ada kawan-kawan di sini.

"Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik. Makan, minum dan keadaan kesihatan kami juga dijaga oleh pihak universiti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di USAS di sini hari ini.

Sementara itu, Nun Nabhah Hanordin, 24, pula berkata, pada awalnya dia mahu pulang ke kampung namun memikirkan keadaan semasa dan Perintah Kawalan Pergerakan, niat untuk pulang ditangguh.

Menurutnya, dia turut terlibat di dalam Jawatankuasa Khas Covid-19 USAS bersama beberapa rakan Majlis Perwakilan Kediaman (MPK) USAS.

Artikel Berkaitan:

Nun Nabhah
Nun Nabhah

Katanya, sebagai ahli jawatankuasa, dia bersama-sama rakan-rakan perlu memastikan warga kampus yang tinggal berada dalam keadaan baik dan selamat.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Perwakilan Kediaman USAS, Muhamad Syafiq Abd Rahman berkata, MPK ditugaskan melalui Jawatankuasa Khas Covid-19 USAS untuk menjaga kebajikan pelajar yang tidak pulang ke rumah.

Katanya, setiap hari pemeriksaan kesihatan akan dibuat ke atas pelajar selain mendapatkan maklum balas dari segi keperluan yang diperlukan mereka.

Muhamad Syafiq
Muhamad Syafiq

"Kita ada seramai 25 orang yang bertugas secara bergilir-gilir mengikut syif ditetapkan dalam memastikan keadaan pelajar di kediaman baik.

"Aspek keselamatan amat dititikberatkan dalam usaha mengekang penularan Covid-19 ini dengan bimbingan pengurusan tertinggi USAS," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!