Juruteknik TNB mengaku tidak bersalah menipu

Seorang juruteknik TNB mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini atas tuduhan menipu seorang individu bagi pembayaran amaun kerugian hasil dan perbelanjaan serta caj.
Seorang juruteknik TNB mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini atas tuduhan menipu seorang individu bagi pembayaran amaun kerugian hasil dan perbelanjaan serta caj.
A
A
A

KUANTAN - Seorang juruteknik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menipu seorang individu membabitkan pembayaran amaun kerugian hasil dan perbelanjaan serta caj pemasangan meter Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Bagaimanapun, tertuduh, Mohd Firdaus Supian, 35, yang juga kakitangan TNB mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nor Azizah Laling.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa menipu Yen Sang Ken, 54, untuk menyerahkan wang berjumlah RM16,140 bagi pembayaran amaun kerugian hasil dan perbelanjaan serta caj berkaitan akibat mengganggu, mengubah pinda, merosakkan pemasangan meter TNB.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan Maybank Jalan Beserah kira-kira jam 2 hingga 5 petang antara 19 Oktober hingga 31 Oktober 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tiga kurang dari setahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat serta boleh membawa denda.

Terdahulu Pegawai Pendakwa, S Sujen meminta mahkamah memberikan jaminan RM8,000 bagi setiap pertuduhan, namun Mohd Firdaus melalui peguamnya, Akmal Wahidah Abd Halim merayu jumlah berkenaan dikurangkan.

"Tertuduh tidak mempunyai wang yang cukup kerana mempunyai tanggungan seorang isteri dan dua orang anak yang berumur tujuh dan empat tahun," katanya.

Nor Azizah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan kes disebut semula 7 Febuari ini untuk serahan dokumen.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!