Semua pejabat AKPK ditutup sementara

Mohamad Khalil
Mohamad Khalil
A
A
A

SHAH ALAM - Semua pejabat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) ditutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat AKPK, Mohamad Khalil Jamaldin berkata, bagaimanapun, AKPK komited membantu pelanggan walaupun dalam tempoh yang dianggap mencabar ini.

Menurutnya, AKPK turut mengingatkan semua pertanyaan terutama berhubung dengan Program Pengurusan Kredit (PPK) atau pendidikan kewangan perlu dibuat dengan melengkapkan dan menghantar borang dalam talian di http://bit.ly/AKPKdmp2020.

"Pelanggan kemudian akan dibantu pegawai AKPK melalui e-mel. Borang dalam talian yang sama digunakan bagi pelanggan mahu memohon struktur pembayaran balik yang baharu untuk pertimbangan kami.

"Sila nyatakan tujuan anda dengan memilih opsyen, ‘kesukaran membuat pembayaran bulanan’ dalam soalan enam.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami kerana memahami dan memberi kerjasama," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!