Polis cari lelaki pertikai Perintah Kawalan Pergerakan

Rakaman video memaparkan seorang lelaki mempertikaikan Perintah Kawalan Pergerakan yang tular di laman sosial Facebook.
Rakaman video memaparkan seorang lelaki mempertikaikan Perintah Kawalan Pergerakan yang tular di laman sosial Facebook.
A
A
A

ALOR SETAR - Polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan video tular seorang lelaki mempertikai Perintah Kawalan Pergerakan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa di Kedah.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, berdasarkan siasatan awal, pihak polis percaya video itu dirakam di satu kawasan sekitar Langgar di Alor Setar.

Menurutnya, berikutan itu polis memohon lelaki yang membuat rakaman video terbabit tampil ke balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar bagi membantu siasatan.

“Jangan main-main, Perintah Kawalan Pergerakan ini dilakukan untuk menangani penularan jangkitan wabak koronavirus (Covid-19) dan bukannya arahan sesuka hati.

“Kita juga minta orang ramai yang mengenali individu dalam video atau lelaki itu sendiri tampil secepat mungkin untuk membantu siasatan,” katanya pada sidang media di IPD Kota Setar, Alor Setar hari ini.

Katanya, tindakan lanjut akan dilakukan sekiranya lelaki itu tidak tampil bagi membantu siasatan.

Dalam video berdurasi 57 saat itu yang tular di laman sosial Facebook, lelaki itu dilihat merakam suasana di sebuah rumah yang dihadiri sekumpulan orang ramai sedang asyik menikmati hidangan berasaskan kambing termasuk kepalanya.

Lelaki terbabit dilihat turut mempersoalkan isu kuarantin di rumah seperti yang disarankan kerajaan sejak perintah itu berkuat kuasa mulai Rabu lalu hingga 31 Mac ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!