Penduduk Perlis diminta beri kerjasama

Surina bersama pegawai dan anggotanya melaksanakan Operasi Bersepadu Perintah Kawalan Pergerakan di Kangar, Perlis baru-baru ini.
Surina bersama pegawai dan anggotanya melaksanakan Operasi Bersepadu Perintah Kawalan Pergerakan di Kangar, Perlis baru-baru ini.
A
A
A

PERLIS - Polis Perlis mengingatkan penduduk di negeri ini untuk terus memberi kerjasama dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula sejak Rabu lalu.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, keadaan terkini di pintu masuk di Padang Besar, Wang Kelian dan Kuala Perlis adalah terkawal.

Menurutnya, pihaknya menyekat sepenuhnya kemasukan warga asing dari luar ke dalam negara.

Surina bersama pegawai dan anggotanya melaksanakan Operasi Bersepadu Perintah Kawalan Pergerakan di Kangar, Perlis baru-baru ini.
Surina bersama pegawai dan anggotanya melaksanakan Operasi Bersepadu Perintah Kawalan Pergerakan di Kangar, Perlis baru-baru ini.

"Kita juga melaksanakan sekatan jalan raya dan melalui operasi ini, kita menasihatkan orang ramai untuk tidak sewenangnya keluar dari rumah kecuali atas urusan tertentu yang dibenarkan sahaja.

"Polis juga turut memantau masjid, surau, rumah ibadah lain, kawasan rekreasi dan taman permainan untuk memastikan tidak ada masyarakat yang berkumpul atau seumpamanya," katanya kepada Sinar Harian.

Surina berkata, pihaknya juga mengarahkan majlis seperti kenduri untuk dibatalkan buat masa ini bagi mengelakkan risiko penyebaran wabak koronavirus (Covid-19).

Artikel Berkaitan:

Surina bersama pegawai dan anggotanya melaksanakan Operasi Bersepadu Perintah Kawalan Pergerakan di Kangar, Perlis baru-baru ini.
Surina bersama pegawai dan anggotanya melaksanakan Operasi Bersepadu Perintah Kawalan Pergerakan di Kangar, Perlis baru-baru ini.

Katanya, beliau berharap masyarakat terus memberikan kerjasama dan mengambil serius mengenai wabak Covid-19 dengan mematuhi arahan pihak berkuasa untuk berada di rumah. Sekiranya gagal berbuat demikian, tindakan tegas akan dikenakan.

"Saya ucapkan terima kasih kepada penduduk di sini yang memberi kerjasama dan patuh arahan bagi memastikan keadaan di negeri ini terkawal buat masa ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!