Perakam video kenduri kepala kambing direman empat hari

Rakaman video memaparkan seorang lelaki mempertikaikan Perintah Kawalan Pergerakan yang tular di laman sosial Facebook.
Rakaman video memaparkan seorang lelaki mempertikaikan Perintah Kawalan Pergerakan yang tular di laman sosial Facebook.
A
A
A

ALOR SETAR - Perakam video kenduri kepala kambing ditahan reman selama empat hari bermula hari ini hingga 24 Mac depan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 49 tahun dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Alor Setar, Eliana Ismail.

Menurutnya, tuan rumah majlis kenduri berusia 60 tahun dibebaskan dengan jaminan polis malam tadi.

Semalam, polis menahan dua individu iaitu perakam video dan tuan rumah bagi membantu siasatan berhubung video tular memaparkan perakam video di kenduri kepala kambing di Langgar yang mempertikaikan Perintah Kawalan Pergerakan, Rabu lalu.

Dua lelaki masing-masing berusia antara 49 dan 60 tahun ditahan di kediaman berasingan dalam serbuan berkenaan di Langgar, Mukim Telaga Mas, Pokok Sena lebih kurang jam 7.15 malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Perakam video, tuan rumah pertikai Perintah Kawalan Pergerakan ditahan polis

Polis cari lelaki pertikai Perintah Kawalan Pergerakan

Berdasarkan siasatan, video majlis kenduri kepala kambing yang menjadi tular di Facebook diadakan kira-kira jam 12 tengah hari pada hari pertama perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lepas.

Artikel Berkaitan:

Majlis kenduri itu anjuran seorang individu dikenali dengan nama panggilan Ayah Tahir di sebuah kampung di Langgar dihadiri antara 25 hingga 30 kenalan tuan rumah berusia antara lingkungan 20 hingga 60-an.

Sebelum ini, tular video berdurasi 57 saat memaparkan seorang lelaki mempersenda pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sambil merakam suasana di sebuah rumah yang didatangi orang ramai sambil menikmati hidangan berasaskan kambing termasuk kepalanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!