Covid-19: China catat 41 kes import

No Image Caption
A
A
A

BEIJING - Tanah besar China melaporkan 41 kes import baharu penyakit novel koronavirus (Covid-19) semalam menjadikan jumlah kes sebanyak 269, menurut Suruhanjaya Kesihatan Negara.

Sebanyak 41 kes baharu disahkan semuanya kes import, lapor agensi berita Xinhua.

Daripada jumlah itu, sebanyak 14 kes dilaporkan di Beijing, Shanghai (9), Guandong (7), Fujian (4), masing-masing dua di Zhejiang, Shandong dan Shaanxi, serta satu di Sichuan, menurut suruhanjaya itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: