Wad Pediatrik Hospital Selayang ditutup, dua positif Covid-19

Hospital Selayang
Hospital Selayang
A
A
A

SELAYANG - Wad Jabatan Pediatrik Hospital Selayang ditutup buat sementara waktu bermula semalam susulan dua kakitangan jabatan itu disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Pengarahnya, Dr Sakinah Alwi berkata, susulan itu pihak hospital tidak akan menerima sebarang rujukan atau kemasukan pesakit baharu sepanjang tempoh itu.

Menurutnya, pesakit sedia ada juga tidak dibenarkan pulang sehingga siasatan lanjut kes tersebut selesai.

"Dua kakitangan dari Jabatan Pediatrik Hospital Selayang telah disahkan positif Covid-19 dan pihak hospital terpaksa menutup semua wad pediatrik buat sementara ini.

"Pihak Jabatan Kesihatan dan Trauma Hospital Selayang juga diminta triaging away (urus keluar) semua kes pediatrik ke hospital lain," katanya dalam satu kenyataan.

Setakat hari ini, Malaysia mencatatkan jumlah tiga kematian Covid-19 selepas pesakit kes ke-152 lelaki warga tempatan berusia 58 tahun dari kluster tabligh meninggal dunia di Hospital Tawau jam 6.27 petang, semalam.

Selasa lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan dua kematian Covid-19 terdiri daripada pesakit dari kes ke-178 dan ke-358 melibatkan seorang paderi dari Sarawak dan peserta tabligh berusia 34 tahun.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!