Pelakon Hawaii Five O minta henti sentimen anti-Asia
PELAKON, Daniel Dae Kim menggesa sentimen anti-Asia berhubung penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang dikatakan bermula dari China, perlu segera dihentikan.
Menerusi video berdurasi 10 minit yang dimuat naik di Instagram miliknya yang tular, Kim berkata, xenofobia (benci kepada orang asing) menyaksikan masyarakat Asia di seluruh dunia menjadi mangsa perkauman.
Dalam video sama, pelakon Hawaii Five O tersebut menggunakan platform itu untuk menghentikan prasangka tersebut kepada masyarakat dunia, lapor Daily Mail.
Pelakon berusia 51 tahun itu yang menjalani kuarantin di rumahnya di Hawaii berkata, ketika ini dia dalam keadaan baik.
"Tolong, tolong hentikan stigma, prasangka dan berkata tidak baik terhadap orang Asia.
"Ya, saya orang Asia dan ya, saya disahkan positif Covid-19 tetapi saya tidak mendapatnya dari China. Saya memperolehnya di bandar New York, Amerika. Walau apa pun gelaran diberikan pemimpin politik, saya tidak anggap tempat asal wabak itu sama penting dengan orang sakit dan mati.
"Jika saya mahu, saya tentu menggelarnya virus New York, tetapi ia tentu bodohkan." katanya.
Beliau berkata demikian dipercayai berkaitan kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang secara umum merujuk kepada wabak Covid-19 sebagai "the Chinese virus."
Trump mempertahankan virus itu adalah 'Chinese virus.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!