Angka korban Covid-19 di Perancis mencecah 450 orang

Pihak berkuasa memeriksa kenderaan di sempadan Jerman-Perancis antara Kehl dan Strasbourg. - Foto AFP
Pihak berkuasa memeriksa kenderaan di sempadan Jerman-Perancis antara Kehl dan Strasbourg. - Foto AFP
A
A
A

PARIS - Angka korban akibat Covid-19 di Perancis mencecah 450 orang dengan 78 kematian dalam tempoh 24 jam lalu, menurut pihak berkuasa kesihatan semalam, lapor agensi berita Anadolu.

Menurut ketua agensi kesihatan Jerome Salomon, jumlah keseluruhan kes sebanyak 12,612 dengan 1,297 pesakit berada dalam keadaan serius dan lebih 50,000 ujian pengesanan dilakukan.

Beliau berkata, daripada keseluruhan jumlah kematian 87 peratus membabitkan mereka yang berumur 70 tahun ke atas.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengisytiharkan 'lockdown' selama 15 hari bermula awal minggu ini.- Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!