Maklumat tular anggota ATM boleh pukul orang awam tidak benar

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Rakaman nota suara tular yang menyatakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diberi kuasa memukul orang awam yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan adalah tidak benar.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, mesej yang disebarkan menerusi nota suara itu tidak menggambarkan kaedah yang diguna pakai oleh ATM dalam membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan.

"Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa rakaman nota suara dan mesej informasi bahawa anggota tentera diberi kuasa memukul orang awam.

"Masyarakat diminta berhenti menyebarkannya serta merta kerana mesej atau informasi tersebut boleh mengundang pelbagai spekulasi dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam masa sama, beliau turut menafikan veteran ATM untuk terlibat dalam membantu khidmat kawalan Perintah Kawalan Pergerakan yang turut disebarkan dalam nota suara yang sama.

"Adalah ditegaskan, mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

"Masyarakat juga tidak perlu bimbang apabila melihat kehadiran anggota ATM daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan iaitu darat, laut dan udara kerana ini merupakan tugas sekunder ATM di waktu aman iaitu berperanan membantu pihak berkuasa awam dalam memelihara keamanan negara," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!