Syahrul Azwari mula temui sentuhan bersama Kedah

Dari kiri Syahrul Azwari dan Fernando masing-masing menjaringkan satu gol buat Kedah. - Foto: AHMAD ZAKI OSMAN
Dari kiri Syahrul Azwari dan Fernando masing-masing menjaringkan satu gol buat Kedah. - Foto: AHMAD ZAKI OSMAN
A
A
A

ALOR SETAR - Pemain sayap baru Kedah, Syahrul Azwari Ibrahim berazam memberikan persembahan terbaik setiap kali diturunkan seperti ditunjukkan semasa membantu pasukannya menjulang Unity Shield buat kali pertama semalam.

Pada perlawanan tersebut Kedah berjaya mengatasi Perak 2-0 di Stadium Darul Aman di hadapan 25,000 penyokong hasil jaringan Fernando Ortega dan Syahrul Azwari.

“Saya akui bangga dapat beraksi di Darul Aman apabila Ketua Jurulatih, Aidil Sharin Sahak memberikan peluang untuk diturunkan menggantikan Zaquan Adha Abd Radzak pada minit ke-71.

“Peluang terhidang depan mata saya selepas beberapa minit dimasukkan dan berjaya memanfaatkan sebaik mungkin peluang itu (menjaringkan gol kedua),” katanya pada sidang media, semalam.

Syahrul Azwari berkata, Perak sebuah pasukan yang bagus apabila berjaya memberikan tekanan yang tinggi kepada tuan rumah terutamanya pada separuh masa pertama.

Menurutnya, gol pertama pasukannya diperoleh pada minit ke-67 selepas perubahan taktikal yang telah diarahkan oleh ketua jurulatih dan hasil kesungguhan diberikan oleh semua rakan-rakannya.

“Saya menerima arahan dan tugasan yang diberikan oleh jurulatih dan akan berusaha sebaik mungkin untuk menjadi yang lebih baik terutama pada persiapan pra musim 2019,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!