Enam anggota PDRM positif Covid-19

Abdul Hamid
Abdul Hamid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan enam anggotanya positif koronavirus (Covid-19) dan 335 ahli keluarga, masih menunggu ujian saringan kesihatan.

Beliau berkata, perkara tersebut memperlihatkan risiko yang perlu ditanggung anggotanya, dalam menjalankan tugas ketika negara berdepan dengan penularan wabak Covid-19.

“Sehingga hari ini, enam anggota saya positif Covid-19. Kita terus beri galakkan dan semangat kepada anggota untuk bersemangat melaksanakan tugas,” katanya dalam satu temu bual eksklusif di Astro Awani hari ini.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hamid berkata, Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki hari keempat hari ini menunjukkan orang ramai sudah mematuhi peraturan ditetapkan dengan mengehadkan pergerakan mereka.

Menurutnya, walaupun ada segelintir masyarakat yang masih menjalankan aktiviti di luar, pihaknya masih memberi nasihat sebelum tindakan tegas dilakukan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!