Tiga maut tanah runtuh di Fiji

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SUVA - Pasukan penyelamat menemukan satu lagi mayat menjadikan jumlah korban kepada tiga orang dalam kejadian tanah runtuh di Navua, kira-kira 39 kilometer dari ibu kota Fiji, Suva, lapor agensi berita Xinhua.

Kejadian pada Jumaat petang itu berlaku di sebuah kuari di Navua. Empat pekerja berada di lokasi ketika kejadian berlaku, seorang berjaya menyelamatkan diri.

Dua mayat ditemukan pada Jumaat lalu sebelum kerja-kerja mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan akibat cuaca buruk.

Punca kejadian masih disiasat.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!