Semua prosiding Mahkamah Syariah di Perak ditangguhkan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

IPOH - Semua prosiding sebutan, majlis sulh dan perbicaraan di Mahkamah Syariah seluruh Perak yang dijadualkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini telah ditangguhkan.

Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syarie negeri, Ab Rahman Thobroni Mohd Mansor berkata, penangguhan itu dibuat sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

"Arahan ini telah dikeluarkan Ketua Hakim Syarie Negeri Perak, Datuk Asa'ari Mohd Yazid melalui satu memo bertarikh 17 Mac lalu kepada orang awam, peguam Syarie, Jabatan Bantuan Guaman, Bahagian Sokongan Keluarga, Pejabat Penguatkuasa Agama Islam dan Jabatan Pendakwa Syarie Negeri Perak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jika terdapat kes-kes penting yang perlu kepada pendengaran segera boleh menghubungi Ketua Pendaftar di talian 012-5173194 atau Penolong Pendaftar 017-5911067.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!