MCA sumbang sarung tangan, topeng muka

MCA Shah Alam dan Subang menyerahkan sumbangan sarung tangan dan topeng muka kepada petugas Klinik Kesihatan Bukit Kuda (KKBK), Klang hari ini.
MCA Shah Alam dan Subang menyerahkan sumbangan sarung tangan dan topeng muka kepada petugas Klinik Kesihatan Bukit Kuda (KKBK), Klang hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - MCA Shah Alam dan Subang menyerahkan sumbangan 3,000 sarung tangan dan 3,000 topeng muka kepada petugas Klinik Kesihatan Bukit Kuda (KKBK), Klang hari ini.

Ketua Pemuda MCA Shah Alam, August Teh berkata, sumbangan itu sangat penting untuk kegunaan doktor dan jururawat bagi menangani penularan wabak koronavirus (Covid-19).

"Sumbangan ini diharap dapat meningkatkan lagi semangat semua 'frontliners' untuk teruskan melindungi rakyat.

"Difahamkan klinik tersebut tidak mempunyai bekalan yang mencukupi, maka kami pun terus berusaha untuk mendapatkan sebanyak bekalan yang boleh," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, selain daripada sarung tangan dan topeng muka, pihaknya telah menyumbang 1,000 helai apron untuk petugas klinik tersebut.

"Difahamkan klinik ini juga memerlukan 'hand sanitizer'," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!