DBKL tetapkan syarat operasi krematorium, tanah perkuburan Kristian

Jumlah pengunjung ke Krematorium dan Tanah Perkuburan Kristian Jalan Kuari Cheras dihadkan sebagai langkah pencegahan Covid-19 dan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan. - Foto sumber Facebook
Jumlah pengunjung ke Krematorium dan Tanah Perkuburan Kristian Jalan Kuari Cheras dihadkan sebagai langkah pencegahan Covid-19 dan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan. - Foto sumber Facebook
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan fasiliti Krematorium dan Tanah Perkuburan Kristian Jalan Kuari Cheras untuk terus beroperasi pada Perintah Kawalan Pergerakan, namun secara bersyarat.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, jumlah pengunjung ke kawasan itu dihadkan sebagai langkah pencegahan koronavirus (Covid-19) dan pematuhan perintah itu.

"Had maksimum kehadiran upacara pembakaran atau pengebumian hanya terhad kepada 20 orang bagi satu upacara terdiri waris, pekerja dan pengurusan jenazah, pemain muzik serta yang berkaitan.

"Semua yang hadir diwajibkan memakai topeng muka sepanjang berada dalam kawasan fasiliti dengan memastikan jarak antara satu sama lain sekurang-kurangnya dua meter," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, tempoh yang dibenarkan untuk upacara sembahyang adalah antara 10 hingga 15 minit sahaja.

"Operasi fasiliti bermula jam 8 pagi hingga 4 petang pada setiap hari termasuk cuti umum. Arahan ini berkuat kuasa bermula 18 Mac lalu.

"DBKL mengingatkan orang awam untuk menghadkan pergerakan seperti dalam Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!