Azab cincin tersekat

Anggota bomba menggunakan pemotong khas untuk mengeluarkan cincin pada jari mangsa. - Foto ihsan Bomba
Anggota bomba menggunakan pemotong khas untuk mengeluarkan cincin pada jari mangsa. - Foto ihsan Bomba
A
A
A

RAUB - Anggota bomba mengambil masa kira-kira lapan minit untuk menanggalkan cincin yang tersekat pada jari seorang wanita di Hospital Raub semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub, Penolong Penguasa Bomba Khairul Anuar Yaacob berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 12.49 tengah hari.

Menurutnya, enam anggota dari BBP Raub bersama sebuah jentera FRT bergegas ke wad perempuan hospital berkenaan.

Cincin yang berjaya dikeluarkan pada jari mangsa. - Foto ihsan bomba
Cincin yang berjaya dikeluarkan pada jari mangsa. - Foto ihsan bomba

"Wanita berusia lingkungan 40-an itu mengalami bengkak di jari manis selepas cincin dipakainya tidak boleh ditanggalkan.

"Kita bertindak memotong cincin itu menggunakan peralatan khas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pihaknya mengambil masa kira-kira lapan minit untuk mengeluarkan cincin tersebut dan operasi tamat pada jam 1.01 petang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!