Staf Bank Islam positif Covid-19, bangunan disanitasi segera

Menara Bank Islam
Menara Bank Islam
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bank Islam mengambil langkah segera dengan melakukan proses sanitasi di Menara Bank Islam termasuk fasiliti awam hari ini selepas seorang kakitangannya disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, pihaknya akan memastikan para pelanggan dan orang ramai bahawa tiada sebarang gangguan di perkhidmatan di Menara Bank Islam.

"Bank Islam mempunyai perancangan perniagaan yang kukuh untuk memastikan segala operasi tidak terkesan dengan apa yang berlaku. Semua langkah awal dan kesedaran telah dilakukan dengan konsisten sejak wabak itu melanda.

"Kami memberi jaminan kepada para pelanggan bahawa premis kami adalah bersih dan selamat berikutan daripada kerja-kerja sanitasi yang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kakitangan yang bekerja di Menara Bank Islam dan disahkan positif Covid-19 itu sedang menjalani rawatan di hospital awam.

"Kakitangan ini dan ahli keluarganya sebelum ini menjalani kuarantin di rumah sejak 19 Mac lalu bagi mematuhi panduan keselamatan dan kesihatan Bank Islam mengenai Covid-19," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Muazzam berkata, langkah mengesan kontak rapat untuk mengenal pasti dan memaklumkan individu yang mempunyai hubungan dengan pekerja terbabit sudah dilakukan termasuk menasihati mereka untuk melakukan pemeriksaan kesihatan serta kuarantin di rumah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!