Bantuan sara hidup ZPP dibayar esok
BUKIT MERTAJAM - Zakat Pulau Pinang (ZPP) akan menyalurkan bantuan kewangan sara hidup bulanan kepada 3,673 penerima esok.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amran Hazali berkata, ZPP memahami keadaan sukar yang sedang dihadapi penerima sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac depan.
Menurutnya, pembayaran itu dibuat awal bagi memastikan kebajikan golongan asnaf terbela.
"Bantuan sara hidup ini dibayar lima hari lebih awal daripada biasa kepada penerima dan ia melibatkan peruntukan sebanyak RM1.29 juta.
"Penerima bantuan kewangan sara hidup bulanan boleh mula memanfaatkan bantuan yang disalurkan selepas jam 11 pagi esok," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!