10 juta topeng muka akan dibawa masuk dari China

Fadillah
Fadillah
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 10 juta topeng muka dari China akan dibawa masuk secara berfasa bagi menampung kekurangan bekalan dalam negara susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menteri Kanan, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, secara dasarnya persetujuan telah dicapai dengan kerajaan China dan urus kerja untuk membawa masuk bekalan sedang diuruskan Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama syarikat penerbangan.

"Kita sedang ‘finalise’ di bawah Kementerian Pengangkutan... akan bermula secepat mungkin... urusan sudah dimuktamadkan, fasa pertama, berapa banyak dan sebagainya," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!