Jangan politikkan tugas ATM bantu polis

Shahir Adnan
Shahir Adnan
A
A
A

KOTA BHARU - Tugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membantu polis bagi mengawal pergerakan orang ramai ketika ini tidak perlu dipolitikkan mana-mana pihak.

Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan berkata, kerajaan berdepan satu situasi yang di luar jangkaan dan memerlukan kerjasama semua pihak terutamanya rakyat.

“Ahli-ahli politik di Malaysia terutama PH dan penyokong masih memilih untuk terlibat dalam politik murahan dengan mengecam tindakan kerajaan. Apalah nilai politik itu jika hendak dibandingkan dengan isu semasa yang meruncing ini.

"Kepada penyokong Pakatan Harapan (PH), cukup-cukuplah berpolitik dalam keadaan negara ditimpa musibah seperti ini," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurutnya, sandiwara politik murahan wajar ditolak dan apa sahaja yang kerajaan lakukan ketika ini adalah untuk kebaikan semua termasuklah meminta bantuan ATM untuk bantu polis kawal pergerakan rakyat.

“Kenapa kita harus persoalkan tindakan tersebut sedangkan tanggungjawab kita sebagai seorang pemimpin adalah membantu kerajaan untuk menyedarkan rakyat yang masih tidak patuh kepada arahan kerajaan.

"Pemimpin politik PH harus faham dan tahu tugas ATM untuk membantu petugas keselamatan seperti polis adalah 'tugas sekunder' pihak ATM demi keselamatan negara,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!