Warga emas korban ke-11 Covid-19
PUTRAJAYA - Seorang warga emas disahkan menjadi korban ke-11 wabak koronavirus (Covid-19).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, pesakit berkenaan merupakan kes ke-1,070 dan mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia.
"Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu lagi pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 yang telah dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Kebangsaan CPRC," katanya.
Menurutnya, mangsa yang juga pengerusi surau mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM Rabu lalu.
"Mangsa telah disahkan positif keesokan harinya dan diberi bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
"Kesihatannya merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia semalam jam 9.05 malam," katanya.
Dengan laporan kematian tersebut, negara mencatat 11 kematian.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!