Mohammad Mentek dilantik KSU Medac

Datuk Seri Mohammad Mentek
Datuk Seri Mohammad Mentek
A
A
A
PUTRAJAYA - Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Mohammad Mentek dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac), berkuatkuasa hari ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali melalui satu kenyataan yang turut menyampaikan sekalung tahniah dan syabas kepada Mohammad.

Mohd Zuki berkata, Mohammad sememangnya mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan sumber manusia, penyelidikan dan dasar menerusi karier perkhidmatan beliau sebelum ini termasuk sebagai Ketua Pengarah ESSCOM, Jabatan Perdana Menteri.

"Semoga dengan pelantikan ini beliau dapat melahirkan lebih ramai usahawan dan koperasi yang berkredibiliti serta mampu bersaing di pasaran global.

"Beliau juga diharapkan dapat mewujudkan ekosistem keusahawanan dan koperasi yang holistik dalam menyokong agenda pembangunan negara yang inklusif, berdaya maju dan mampan,"katanya.
Artikel Berkaitan:


Mohammad, 56, merupakan graduan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik dan Ijazah Sarjana Sains Statistik dari Universiti Minnesota, Amerika Syarikat.

Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 28 tahun sejak mula menyertai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Oktober 1992.

Mohammad menggalas jawatan baharu itu bagi menggantikan Datuk Wan Suraya Wan Md Radzi.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!