LZS serah bantuan dua hari lebih awal kepada asnaf
SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan bantuan kewangan bulanan kepada asnaf dua hari lebih awal susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Menerusi status di Facebook LZS memaklumkan bantuan kewangan bulanan bernilai RM14.8 juta itu membabitkan seramai 33,211 asnaf.
"Semoga bantuan ini dapat meringankan bebanan mereka (asnaf)," katanya.
LZS sebelum ini memperuntukkan agihan khas berjumlah RM15 juta bagi membantu keperluan kebajikan dan perubatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung wabak Covid-19.
Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M Yusop berkata, peruntukan khas itu dikhususkan kepada golongan penjaja dan peniaga kecil serta pekerja B40 yang terjejas sumber pendapatan susulan penguatkuasaan perintah berkenaan.
Selain itu, katanya, peruntukan itu turut diagihkan bagi menampung keperluan peralatan perubatan di hospital yang beroperasi menangani Covid-19.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!