10 juta topeng muka percuma kepada rakyat: PM
PUTRAJAYA - Kerajaan akan mengagihkan 10 juta keping topeng muka secara percuma kepada rakyat yang memerlukan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengagihan itu akan dibuat sebaik sahaja bekalan daripada China tiba.
"Semalam saya sudah arahkan Nadma (Agensi Pengurusan Bencana Negara) menggunakan peruntukan sedia ada untuk bawa masuk topeng muka pada harga RM1.18 sen sekeping," katanya.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!