Covid-19: Tujuh ditahan langgar perintah darurat di Portugal
PORTO - Tujuh ditahan kerana tidak mematuhi perintah darurat, memetik Menteri Pentadbiran Dalam Negeri Portugal, Eduardo Cabrita semalam lapor agensi berita Xinhua.
Satu kes membabitkan seorang lelaki yang juga pesakit koronavirus (Covid-19) ditahan di Porto, bandar kedua terbesar di Portugal.
Enam lagi kes kerana tidak mematuhi arahan pasukan keselamatan," katanya.
Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun dan denda harian sehingga 120 hari. Denda harian berdasarkan pendapatan sehari pesalah.
Portugal melaporkan 1,600 kes Covid-19 dan 14 kematian. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!