Covid-19: Dakwaan pemimpin Sabah dikuarantin tidak benar

Darell berada di Pasar Am Donggongon Penampang bagi memantau Perintah Kawalan Pergerakan pagi tadi.
Darell berada di Pasar Am Donggongon Penampang bagi memantau Perintah Kawalan Pergerakan pagi tadi.
A
A
A

SHAH ALAM – Dakwaan tular yang mengatakan beberapa pemimpin utama Sabah termasuk Ketua Menterinya, Datuk Seri Shafie Apdal dikuarantin akibat koronavirus (Covid-19) adalah tidak benar.

Ahli Parlimen Penampang, Datuk Darell Leiking berkata, dakwaan itu tidak benar dan semua ahli Parlimen Sabah sedang bertugas seperti biasa dan memantau kawasan masing-masing.

“Selamat Petang. Tidak Betul. Kami sedang bertugas dan memantau keadaan kawasan setiap hari, mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. Terima Kasih,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Darell yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri turut menasihati orang awam supaya mengikuti arahan kerajaan dan duduk di rumah bagi mengekang penularan virus ini.

Semalam, tular satu dakwaan di media sosial yang mendakwa Shafie, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew dan beberapa ahli Parlimen dari Warisan di kuarantin kerana pernah berinteraksi dengan pemimpin DAP yang positif Covid-19 sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!