Covid-19: 132 pelajar tahfiz Masjid Sri Petaling pindah ke ISM

Persediaan petugas menerima peserta tabligh terdiri 132 pelajar tahfiz yang menyertai himpunan tabligh di Masjid Sri Petaling baru-baru ini.
Persediaan petugas menerima peserta tabligh terdiri 132 pelajar tahfiz yang menyertai himpunan tabligh di Masjid Sri Petaling baru-baru ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 132 pelajar tahfiz Masjid Sri Petaling dipindahkan ke pusat kuarantin koronavirus (Covid-19) di Institut Sosial Malaysia (ISM) di sini hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, ISM adalah institut latihan awam di bawah kementeriannya yang diwartakan sebagai pusat kuarantin Covid-19 pada 21 Mac lalu.

Menurutnya, persiapan dimulakan untuk menerima kumpulan pertama pelajar tersebut melibatkan aspek tempat tinggal, keperluan makan minum, keselamatan, mekanisme saringan dan penetapan petugas dari pelbagai agensi.

"Pada hari ini, ISM siap sedia menerima kumpulan pelajar pertama seramai 132 orang yang berumur antara 15 hingga 30 tahun bermula tengah hari.

"Kumpulan ini telah melalui proses saringan awal dan perlu diasingkan serta dipantau tahap kesihatan mereka untuk satu tempoh yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ISM menjadi pusat kuarantin Covid-19.
ISM menjadi pusat kuarantin Covid-19.

Katanya, seramai 80 petugas dari pelbagai agensi ditempatkan di pusat kuarantin itu termasuk 25 daripadanya terdiri daripada kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ISM.

"Mereka akan ditugaskan secara bergilir-gilir mengikut jadual bersama-sama dengan para petugas lain," katanya.

Artikel Berkaitan:

Petugas pusat kuarantin di ISM bersiap sedia menerima peserta kuarantin bagi kluster tabligh yang bakal dipindahkan bermula hari ini.
Petugas pusat kuarantin di ISM bersiap sedia menerima peserta kuarantin bagi kluster tabligh yang bakal dipindahkan bermula hari ini.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan sebanyak 11 pusat kuarantin di Wilayah Persekutuan termasuk Labuan akan mula beroperasi hari ini.

Sebahagian pusat kuarantin itu akan menempatkan peserta himpunan tabligh yang ditempatkan di Masjid Sri Petaling.

ARTIKEL BERKAITAN: 11 pusat kuarantin dibuka di Wilayah Persekutuan esok

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!