Covid-19: Larangan solat jemaah di Masjid Al-Aqsa

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

BAITULMAQDIS - Solat jemaah tidak dibenarkan di kawasan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis Timur bagi membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19), umum Majlis Wakaf Islam semalam.

Agensi berita Anadolu memetik kenyataan majlis itu menyatakan keputusan berkenaan dibuat selepas mesyuarat tergempar dan akan dikuatkuasakan pagi ini.

"Larangan solat jemaah ini dibuat untuk tempoh sementara dengan semua pekerja dan pengawal masih diarahkan menjalankan tugas serta aktiviti masing-masing seperti biasa.

"Laungan azan akan diteruskan di Masjid Al-Aqsa pada setiap waktu solat seperti biasa," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, larangan dibuat bagi melindungi nyawa dan kesihatan jemaah.

Sementara itu, Israel melaporkan 62 kes baharu Covid-19 semalam menjadikan angka kes positif wabak berkenaan kepada 945 kes.

Kenyataan Kementerian Kesihatan menyatakan, 20 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi manakala 37 pesakit sembuh.

Pada Jumaat, Israel mengesahkan kematian pertama akibat wabak berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Menteri Kesihatan Palestin, Mai al-Kaila berkata, empat kes baharu dicatatkan di Ramallah dan Hebron, Tebing Barat menjadikan seramai 52 orang dijangkiti wabak itu di seluruh kawasan yang diduduki Israel. Seramai 17 pesakit berjaya sembuh. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!