APMM perketat rondaan, kawal pintu masuk perairan
LANGKAWI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kedah dan Perlis memperketatkan rondaan dan kawalan di semua pintu masuk sekitar Pulau Langkawi.
Timbalan Pengarah Operasinya, Kapten Maritim Zulinda Ramly berkata, kekuatan anggota juga ditambah dari semasa ke semasa dalam melaksanakan operasi selama 24 jam sehari itu.
“Namun masih terdapat segelintir komuniti yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan seperti memancing di laut serta perusahaan bot pelancong.
"Aset kita siap siaga untuk digerakkan ke lokasi dilaporkan bagi menyekat kegiatan tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!