Dua kakitangan CIMB Cawangan Seremban positif Covid-19

CIMB. Foto Sumber Internet
CIMB. Foto Sumber Internet
A
A
A

KUALA LUMPUR - CIMB Group Holdings Bhd cawangan Seremban di Jalan Datuk Bandar Tunggal akan ditutup untuk sementara waktu selepas dua kakitangannya diuji positif koronavirus (Covid-19).

Dalam satu kenyataan hari ini, CIMB berkata, kedua-dua kakitangan itu pulang ke Malaysia baru-baru ini dari Indonesia untuk urusan peribadi dan telah menjalani proses kuarantin di rumah sejak 19 Mac lepas sekembalinya mereka ke Malaysia.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, kerja penyahkuman dan pembersihan dilakukan terhadap premis cawangan tersebu manakala dua kakitangan itu kini sedang dirawat di sebuah hospital kerajaan," katanya.

CIMB menggalakkan para pelanggannya di Seremban untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian atau pergi ke cawangan terdekat yang terletak di Seremban 2 dan Senawang. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!