Covid-19: Tiga lelaki, seorang wanita korban terbaharu

Sidang media KKM, hari ini.
Sidang media KKM, hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Tiga lelaki dan seorang wanita menjadi korban terbaharu Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes berkenaan menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 14 kes.

Menurutnya, kes kematian ke-11 merupakan kes ke-1070 positif Covid-19 yang melibatkan lelaki tempatan berumur 70 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.

"Dia dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan disahkan meninggal dunia semalam," katanya.

Menurutnya, jemaah Tabligh yang menghadiri perhimpunan di Sri Petaling yang merupakan kes ke-1114 positif turut disahkan meninggal dunia hari ini.

"Dia berumur 70 tahun dan dirawat di Hospital Kluang," katanya.

Beliau berkata, bagi kes kematian ke-13 melibatkan anak kepada kes ke-1031.

"Lelaki berkenaan berusia 49 tahun merupakan kes ke-1006 dan disahkan meninggal dunia di Hospital Umum Sawarak," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kes kematian ke 14 merupakan wanita berusia 51 tahun yang mempunyai kontak rapat dari kluster Tabligh dan dirawat di Hospital Miri.

Artikel Berkaitan:

"Beliau disahkan meninggal dunia hari ini. KKM ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka," katanya.

Menurutnya, sebanyak 57 kes positif Covid-19 sedang dirawat di ICU.

"Daripada jumlah itu, 27 memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Beliau berkata, setakat jam 12 tengah hari, sebanyak 212 kes baharu direkodkan.

"Ini menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 1,528 kes," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas korban ke-11 Covid-19

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!