Covid-19: KWP buka sumbangan petugas barisan hadapan

Dianggarkan lebih 5,000 petugas menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan di Wilayah Persekutuan secara tiga syif sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. - Foto Bernama
Dianggarkan lebih 5,000 petugas menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan di Wilayah Persekutuan secara tiga syif sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua bentuk saluran boleh digunakan orang awam untuk menyampaikan bantuan kepada petugas barisan hadapan di Wilayah Persekutuan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, bantuan boleh disalurkan dalam bentuk kewangan mahupun keperluan barangan seperti makanan, sanitizer dan topeng muka.

"Bagi memastikan kelicinan sumbangan yang hendak disampaikan, kementerian telah menetapkan lokasi Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Jalan Tun Razak sebagai pusat pengumpulan sumbangan berbentuk barangan.

"Sementara bagi sumbangan berbentuk tunai mestilah dibuat atas nama DBKL di akaun Bank Muamalat 14060004581714 dengan catatan sumbangan Covid-19," katanya pada sesi Live di Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan hari ini.

Katanya, dianggarkan lebih 5,000 petugas menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan di Wilayah Persekutuan secara tiga syif sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

"Ia meliputi 1, 500 anggota polis, hampir 1, 400 tentera, 1, 500 penguatkuasa DBKL dan bakinya terdiri para doktor, jururawat, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta lain-lain.

"Buat masa ini hanya 2,000 pek makanan dan barangan disalurkan kepada penguat kuasa DBKL dan petugas lain mengikut jumlah sumbangan. Masih banyak sumbangan diperlukan untuk bantu beri kemudahan sepanjang tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan ini, sumbangan orang awam adalah dialu-alukan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!