Surau stesen minyak tutup, abang GrabFood solat di luar
SHAH ALAM - Seorang penghantar makanan tetap melunaskan tanggungjawab sebagai Islam apabila dilihat menunaikan solat di hadapan pintu masuk sebuah stesen minyak di Seksyen 18 walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Surau di premis berkenaan ditutup berikutan patuh kepada arahan kerajaan yang mahu mengekang wabak koronavirus (Covid-19).
Pelakuannya menarik perhatian pengguna Facebook, Jaafar Salleh yang dimuat naik gambar dan video di laman sosial miliknya.
Jaafat turut memuat naik status, "Tengah nak isi minyak di #Petronas sek 18, terjumpa sahabat kita ni tengah solat, memang respect dia ni. Moga dimurahkan rezeki dan dilindungi. Amin."
Kisah penuh inspirasi itu ternyata membuka mata masyarakat mengenai tanggungjawab seorang Muslim walaupun sibuk bekerja tetapi solat tetap diutamakan.
"Tahniah saudara, moga dirahmati dan dimurahkan rezekinya." kata Mohd Dahlan Mohd Noor di ruangan komen
Ety Alisha pula menulis, "Memang semua surau ditutup di petrol pam. Amin, semoga dimurahkan rezeki selalu."
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!