189 lagi rakyat Malaysia dihantar pulang dari India

Seramai 1,726 rakyat Malaysia berada dalam senarai konsulat untuk dipindahkan semalam. - Foto Bernama
Seramai 1,726 rakyat Malaysia berada dalam senarai konsulat untuk dipindahkan semalam. - Foto Bernama
A
A
A

NEW DELHI - Pesawat yang membawa 189 lagi rakyat Malaysia yang terkandas di India, berlepas dari Chennai dengan penerbangan khas AirAsia hari ini.

Konsul jeneral Malaysia di Chennai K Saravanan berkata, satu lagi pesawat sewa khas yang dirancang dari Tiruchirappalli gagal mendapat kelulusan kerajaan India disebabkan keadaan yang tidak dijangka.

Menurutnya, seramai 1,726 rakyat Malaysia berada dalam senarai konsulat untuk dipindahkan semalam.

"Konsulat sentiasa memantau keadaan dan kami memberi jaminan kepada rakyat Malaysia yang terkandas, kedua-dua kerajaan sedang bertungkus lumus untuk membawa anda pulang bertemu insan tersayang," katanya kepada Bernama.

Kira-kira 400 rakyat Malaysia telah berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi.

Seramai 189 yang dibawa pulang dari Chennai itu termasuk tiga bayi.

Menerusi lima penerbangan khas sejak 18 Mac, seramai 699 rakyat Malaysia dibawa pulang, selepas mereka terkandas akibat larangan penerbangan yang dikuatkuasakan kerajaan India bagi membendung penularan wabak Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!