87 termasuk tiga wanita, kanak-kanak 3 tahun ditahan

PATI yang ditahan dalam operasi JIM di tapak pembinaan di Bachok pagi tadi.
PATI yang ditahan dalam operasi JIM di tapak pembinaan di Bachok pagi tadi.
A
A
A

KOTA BHARU - Seramai 87 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk tiga wanita dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun ditahan Jabatan Imigresen (JIM) Kelantan dalam Ops Mega 3.0 hari ini.

Ketua Bahagian Penguat kuasa JIM Kelantan, Ruzaana Mohamed berkata, kesemua yang berusia antara 3 hingga 51 tahun itu ditahan di sebuah tapak pembinaan di Bachok dalam serbuan bermula 11.30 pagi.

“Mereka yang ditahan termasuk 70 lelaki warga Bangladesh, sembilan Indonesia iaitu tiga wanita, seorang kanak-kanak perempuan dan lima lelaki, manakala lapan lagi lelaki warga Myanmar.

“Kanak-kanak perempuan itu adalah warga Indonesia dipercayai anak kepada seorang warga asing wanita yang bekerja sebagai tukang sapu di tapak pembinaan tersebut,” katanya pada satu sidang media di Jabatan Imigresen Kelantan Bahagian Penguatkuasaan di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!