Kerani rugi RM54,000 ditipu penjual topeng muka palsu

No Image Caption
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang kerani kilang pembuatan kenderaan menanggung kerugian sebanyak RM54,000 selepas diperdaya berhubung penjualan topeng muka tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa berusia 37 tahun itu telah berurusan dengan seorang individu yang mengaku penjual topeng muka melalui aplikasi WhatsApp, di rumahnya di Taman Samarinda.

Katanya, persetujuan dicapai dengan mangsa bersetuju membeli sebanyak 3,346 kotak topeng muka bagi tujuan menjualnya semula.

"Mangsa kemudian diminta membuat bayaran ke sebuah akaun bank dimiliki individu bernama Rita dengan pembayaran dibuat secara berperingkat berjumlah RM54,000 bermula 16 Mac hingga 17 Mac lalu menerusi dua buah bank di Alor Gajah.

"Setelah pembayaran dibuat, mangsa dijanji akan diberikan penutup mulut dan hidung yang akan dihantar menggunakan lori ke rumah mangsa pada 17 Mac lebih kurang jam 8 malam," katanya.< /p>

Arshad Abu
Arshad Abu

Arshad berkata, setelah mangsa menunggu seperti yang dijanjikan, lori berkenaan bukan sahaja tidak muncul, malah penjual itu juga gagal dihubungi.

"Mangsa kemudian membuat laporan polis selepas menyedari dirinya telah ditipu dan polis kini sedang mengesan nombor telefon digunakan suspek serta pemilik akaun bank yang digunakan dalam kes berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!