Soalan lazim asas pengeluaran i-Lestari
1. Bilakah ahli boleh mula mengemukakan Pengeluaran i-Lestari?
- Ahli boleh mula mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020.
2. Berapakah amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari?
- Amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari adalah:
i. Maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan (1 tahun) tertakluk kepada jumlah simpanan di dalam Akaun 2 pada bulan permohonan dibuat.
ii. Bayaran bermula dari bulan permohonan diterima oleh KWSP sehingga Mac 2021.
iii. Pengeluaran hanya boleh dibuat bagi tempoh 1 tahun (12 bulan) iaitu dari bulan April 2020 hingga bulan Mac 2021 tertakluk kepada para 2(i)
iv. Bayaran Pengeluaran i-Lestari akan mula dibuat mulai Mei 2020.
3. Bagaimanakah ahli boleh mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari?
- Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dikemukakan melalui tiga (3) saluran berikut:
i. Secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun); atau
ii. Secare e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my; atau
iii. Secara pos/pos berdaftar ke alamat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (Pengeluaran iLestari)
- Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang (recurring) ke dalam akaun bank ahli seperti mana di para 2(i).
4. Siapakah yang layak untuk membuat Pengeluaran i-Lestari?
- Ahli-ahli berikut layak untuk membuat Pengeluaran i-Lestari:
i. Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap; dan
ii. Berumur bawah 55 tahun; dan
iii. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2 tertakluk kepada baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat
iv. Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2)
5. Mengapakah amaun Pengeluaran i-Lestari terhad kepada maksimum RM500 dan secara bulanan?
- Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.
- Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.
6. Mengapakah kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari terhad untuk sekali sebulan?
- Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan.
7. Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja?
- Tujuan i-Lestari adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 pada ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik Covid-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut.
8. Pihak KWSP akan mengemaskini soalan lazim ini dari semasa ke semasa.
-Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila kemukakan soalan anda melalui emel kepada ilestari@epf.gov.my
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!